Jumaat, 10 Julai 2020

Jom mendaki Gunung Semanggol

Gunung Semanggol terletak di Daerah Kerian, Perak.
20km dari Taiping di Selatan dan 19 km Bagan Serai di Utara. Hanya 5 km dari Bukit Merah Lake Resort @ Tasik Bukit Merah dapat dilihat dari puncak Gunung Semanggol 390m atas paras laut.
Zaman sebelum merdeka lagi sudah terkenal dengan panggilan "Suara Dari Gunung" Ceritanya dari sini bermulanya pergerakan kemerdekaan Islam yang muncul dari pondok-pondok pengajian Islam hingga terbentuknya sebuah parti politik Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh British. Suara penentangan penjajah dan perjuangan keme
rdekaan oleh tok-tok guru ini dinukilkan sebagai "Suara Dari Gunung" perjuangan yang ditakuti.
Kini Sekolah Agama Ma'ahad Al-Ehya Asshariff meneruskan legasi tersebut dengan mengikut lunas undang-undang.
Dari bawah anda dapat melihat Gunung Semanggol dari Lebuhraya PLUS. Dari keretapi ETS ketika melalui Tasik Bukit Merah. Pandang lebih jelas jika melalui Jalan Persekutuan dengan hamparan sawah padi mewarnai.
Bagi peminat sukan pendakian Gunung Semanggol merupakan sebuah bukit yang mudah ditawan. Para pendaki yang baru menceburi sukan ini perlu mengambil peluang menawan puncak yang dapat memaparkan pandangan 360.
Tasik Bukit Merah di Utara, Banjaran Bintang di Timur, Bandar Taiping di Selatan dan Sawah padi & Kuala Sepetang di Barat.
Sila berhubung dengan guide tempatan Iro Mizan MD Kerian dan Rosimah Roslan Yayasan Orang Utan sekiranya ingin mendaki.
Image may contain: mountain, sky, nature and outdoorBagi mengelakkan sesat dan kejadian yang tidak diingini adalah dinasihatkan para pendaki mendapatkan khidmat pemandu gunung yang dinyatakan.
Kerjasama dalam soal kebersihan sangat diutamakan kerana ada pendaki yang meninggalkan sampah mereka dan perkara ini menjadi isu dan memberi gambaran buruk kepada pendaki lain.
Pelancong yang nak bermalam boleh memilih Bukit Merah Resort, Kurauinn Farm Stay atau di Chalet Sawah Teratak Toksu +60 19-473 5811 Gunung Semanggol.
Kekalkan jarak sosial dan jaga kebersihan. Sila bawa balik kenangan di telefon anda dan semua botol minuman anda.

River cruise Kuala Sepetang

Hari ini tambah fuel injector cleaner dalam minyak. Pertengahan jalan enjin semput. Nasib baik dapat pelanggan yang memahami.
Lew 10/7: Terima kasih khairul, tak jadi pi fish farm xpa, ni pun pengalaman yang unik juga, jangan terlalu salahkan diri sendiri ya.
Khairul Kuala Sepetang: Bateri sudah charge semula. Minyak dah ganti baru. Let's go again😀💐💐💪💪
Lew 10/7: Lain kali ada peluang pi sepetang lagi, mesti naik bot kamu, dah otw balik kedah dah
Image may contain: one or more people, outdoor and water

Jumaat, 11 Januari 2019

Rombongan Lawatan Sekolah Ke Kuala Sepetang, Taiping dan Kuala Kangsar.

Rombongan Lawatan Ke Kuala Sepetang, Taiping dan Kuala Kangsar. Perak
2 Hari 1 Malam.
Dari RM100 seorang. Tidak Termasuk bas



Kuala Kangsar: Labu Sayong, Dataran Rekreasi Kuala Kangsar Dan Medan Selera Dan Gerai Kraftangan , Jelajah DiRaja Bukit Chandan, Masjid Ubudiah.
Taiping: Interpretasi Taman Tasik, Belajar proses buat kopi di Kilang Kopi Antong, belajar menanam cendawan di kilang cendawan.
Kuala Sepetang: River Cruise, shopping ikan masin Dan mee udang Mak Teh.
Pakej ini termasuk tempat lawatan yang dinyatakan, Penginapan Asrama, bot, sarapan, makan tengah hari, mee udang, pemandu pelancong.
Tel: 0125145023 Khairul

Ahad, 8 Disember 2013

Pakej 3 Hari 2 Malam Taiping, Kuala Sepetang, Kuala Kangsar


Pakej bernilai RM150 seorang
HARI PERTAMA
Check-ini rumah penginapan Taiping
- Pengurusan diri
- Solat
- Makan malam
8.30 malam - Bertolak ke Zoo Taiping 
9.00 malam  Night Safari. 
Pemandu pelancong akan memberi penerangan mengenai binatang nocturnal. Peserta dibawa berjalan kaki sejauh 1km  dan masuk ke kandang kelawar dan kandang hutan paya laut. Selepas itu kembali semula ke stesen tram dan menaiki tram ke seluruh kawasan zoo.   
- Pengurusan diri
- Solat 
- Rehat minda

HARI KEDUA
6.00 pagi - Pengurusan diri
- Solat 
- Sarapan pagi
8.00 pagi - Bertolak ke Taman Tasik untuk aktiviti Morning Walk.
Peserta akan dibawa berjalan kaki untuk menikmati ketenangan taman tasik sambil melihat flora dan faunanya. Para peserta juga akan dikenalkan dengan binatang-binatang dan burung yang ditemui serta mengenali pokok-pokok yang terdapat di taman tasik.
-Menjelajah Taiping Heritage Trail.
Peserta akan dapat melihat sendiri bangunan-bangunan bersejarah peninggalan Inggeris di Taiping.
-Belajar cara membuat kopi campuran di Kilang Kopi Antong.
-Lawatan pendidikan ke Muzium Perak.
12.00 tengah hari - Makan tengah hari
- Pengurusan diri
- Solat 
3.00 petang - Lawatan pendidikan Muzium Ngah Ibrahim
4.00 petang - Lawatan pendidikan dan menanam benih bakau di Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang
5.00 petang - Mee Banjir Udang Mak Teh. Kuala Kangsar.
8.00 malam - Kelip-kelip Kuala Sepetang (menaiki bot dan tayangan slaid)
10.00 malam - Makan malam
11.00 malam - Pengurusan diri
- Solat
- Rehat minda

HARI KETIGA
6.00 pagi - Pengurusan diri
- Solat 
- Sarapan pagi
8.00pagi-Belajar cara membuat  arang kayu dan Dapur Arang Kayu Eco Challenge 
9.30 pagi Bertolak ke Kuala Kangsar (Industri Labu Sayong)
10.00 pagi - Belajar membuat labu sayong. (Tamat program)
12.00 - Berehat di Dataran Kuala Kangsar (Gerai makanan, kraf tangan, bot persiaran, taman permainan)
Pakej tidak termasuk pengangkutan.

Rabu, 27 November 2013

3 Days 2 Nights Pangkor Island, Malaysia.


3 Days 2 Nights Pangkor Island, Malaysia.
RM250 nett per person
Day 1
Arrive at Lumut Jetty and meet our representative who will arrange your transfer to Pangkor Village Beach Resort by ferry and van.
Free and easy at resort and beach.
Day 2
Breakfast, island hopping and lunch at island hopping
Snorkeling, Banana Boat dan beach Volley Ball.
Rest at resort, free and easy. Beachside BBQ Diner and Karaoke.
Day 3
Breakfast, Check-out,
Round island tour,
Shopping at Pangkor Town
Transfer to Pangkor jetty and back to Lumut.
*Minimum 40 pax

Isnin, 11 November 2013

Pakej Pendidikan Zoo Taiping & Night Safari

Pendidikan lapangan sebenar yang paling bermakna sekali bagi pelajar-pelajar cilik yang datang dari jauh dan dekat ke Zoo Taiping n Night Safari. Jika di kelas mereka hanya mengenali binatang dari buku atau video yang dipaparkan tetapi di Zoo Taiping n Night Safari, pelajar cilik ini bukan hanya dapat melihat sendiri binatang liar dari dekat malah mereka dapat berinteraksi serta mengetahui diet dan tingkah binatang tersebut. Renjer Zoo yang mengendalikan program lawatan ini amat terlatih dalam mengendalikan pelajar-pelajar cilik anda. 
Ramai yg bertanyakan tentang Pakej Lawatan Pendidikan Zoo Taiping n Night Safari. 
Utk makluman Zoo taiping menawarkan 4 pakej iaitu :-
1. Edu Fun @ RM15 per pax (untuk tadika dan sekolah rendah)
2. Edu Fun n Learn @ RM25 per pax (utk tadika dan sekolah rendah)
3. Pakej Renjer (utk semua peringkat umur)
4. Pakej Orienteering (Utk. Sek. Menengah, IPT dan belia)
Utk keterangan lanjut, sila hubungi Pegawai Seranta 012-403 1967 atau Pejabat Zoo 05-808 6577
Bagi aktiviti lain pakej pelancongan sekitar Taiping boleh dapatkan maklumat dari KS Eco Tours Khairul 012 5145023

Ceramah Awam Mengenai Hutan Paya Laut



Sempena persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014,
Pihak kami ingin bekerjasama dengan Jabatan Hutan dan Zoo Taiping bagi mengadakan pameran dan ceramah mengenai Hutan Paya Laut di Zoo Taiping. 

Pameran ini bertujuan memberi pendedahan awam kepentingan hutan paya laut dari kepada alam dan dari segi ekonomi, sosial dan pelancongan.

Sessi ceramah akan dijalankan oleh pihak kami mengikut masa selang sejam bermula pukul 11am, 12pm, 3pm, 4pm, 5pm dan 6pm.

Isi ceramah ialah berkaitan Hutan Paya Laut Matang, flora dan fauna.
Industri pembuatan arang kayu, makanan laut dan aktiviti nelayan.

Mohon pihak MPT mempengerusikan mesyuarat oleh pihak berkepentingan seperti Tourism, DOF, NRE dan DOE

Kuala Sepetang Eco Track
www.kualasepetang.com