Lawatan 3 hari 2 malam RM150 seorang
Taiping Heritage Trail
Taiping Zoo & Night Safari
Perak Muzium
Bukit Larut
Hot Spring
Mangrove Park
Kuala Sepetang Boat Ride
Fireflies
Dolphins
Birds Watching
Taiping Rainforest
Lenggong Archaeology Museum
Labu Sayong Industry
Arowana Fish Farm
Kampung Life
Paddy Field
Pakej Lawatan 2 hari 1 malam
Tanah Merah - Taiping - Kuala Sepetang - Bukit Merah
Berhenti rehat di Puncak Banjaran Titiwangsa, merasai kedinginan dan kesegaran udara yang nyaman.
Satu kumpulan lagi bersama En Wan yang saya bawakan khas dari Kuala Lumpur untuk menjelajah Hutan Eko Pelajaran Paya Laut Matang dan menjamu selera di Resoran Mee Udang Mak Jah. Peserta diberikan Pek Aktiviti dan taklimat tentang penyesuaian kepada persekitaran berlumpur dan berair masin. Bagaimana tumbuhan meneruskan kemandirian spesis masing-masing.
Sedapnya makan mee Udang Kuala Sepetang
Saya amat terpegun dengan jati diri orang Kelantan yang tetap mengatakan mee udang di Kg Teh, Kelantan lebih sedap lagi.
Aktiviti hari pertama diakhiri dengan lawatan ke Night Safari, Taiping.
Seronoknya tengok mereka semua bergambar dengan saudara-saudara yang lama tidak berjumpa seperti seladang, orang utan, buaya, badak air.
Peserta bermalam di empat buah homestay di Taman Jana Setia, Kamunting, Perak. Dari riak muka dapat ditelah bahawa mereka semua tidur nyenyak malam tadi.
Tempat kami bersarapan pagi berdekatan dengan kawasan air terjun yang jernih dan menyejukkan, Lain kali nak mandi pagi di sini lah.
Hari kedua dimulakan dengan lawatan ke Kilang Arang Kayu Kampung Dew. Ingat 5 proses itu
1. Memasukkan kayu bakau
2. Api besar
3. Api kecil
4. Penyejukan
5. Punggah kayu arang
Saya memohon maaf kerana ketika melawat ke kilang beras petugas yang memberi penerangan tidak dapat menyampaikan maklumat kepada kesemua peserta. Moral of the story ialah mesti ada pembesar suara dan akan melatih petugas ini dalam memberi penerangan yang lebih menyeluruh.
Selepas itu terus pergi ke Taman Tema Air Bukit Merah, En. Khairul sudah menunggu kedatangan kami dengan tag tangan tiket masuk ke taman tema air itu. Kenapa tak ada gambar aktiviti extreme Ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Pah Fatimah, Cikgu Wan Latifah, Pemandu Bas, Peserta yang mesra dan seluruh warga SMKDPR2 yang telah menjayakan misi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan